Thursday, December 31, 2009

Perhatian untuk makluman

Assalamualaiku warahmatullahi wabarakatuh....
Perhatian kepada pembaca blog ini,Saya sedang mencari wakil-wakil dari setiap Universiti di seluruh negara untuk melontarkan sebarang idea-idea dan berkongsi ilmu-ilmu didalam blog ini.Sebelum saya membuat pengumuman dan menampilkan wajah baru yang disulami tekad,saya inigin meminta maklum balas dari sidang pembaca sekalian.

Monday, December 28, 2009

Siapakah Diriku Sebenarnya?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Buat pertama kalinya saya menulis artikel di blog ini,Saya ingin mengucapkan rasa kesyukuran dan kenikmatan terhadap ILAHI kerana telah memberi saya nikmat hidup dan islam[ALHAMDULILAH].Pada hari ini,saya ingin menceritakan sedikit maklumat peribadi saya.

Siapakah Diriku?

MALAYSIA adalah negara aku dilahirkan.JOHOR adalah negeri aku dilahirkan.
Aku dilahirkan pada tahun 1958.Bapaku adalah orang yang mashur ketika itu dan bapaku
juga seorang ahli yang berpangkat tinggi di salah sebuah Jabatan Negeri JOHOR.
Pada awalnya,Aku dianggap seperti "Anak Angkat" didalam keluargaku.[Aku Kecewa].
Aku hanya mampu bersabar dan redha dengan apa yang dilontarkan kepadaku.Selepas beberapa bulan aku bersabar,namaku seolah-olah digali balik oleh "Pejuang-Pejuang" yang gagah dan berani. [Aku Terharu].
Namaku seolah-olah menjadi satu fenomena warga JOHOR.Namun pada ketika itu,salah seorang pejuang besar telah merealisasikan namaku didalam mesyuarat yang dipengerusikan olehnya sendiri.
Ramai "pemberontak-pemberontak" ketika itu terpinga-pinga seakan petanda kehancuran generasi telah bermula.Pengerusi itu telah menyebut namaku berpuluh-puluh kali seumpama diriku ini menjadi cerucuk utama pembangunan.

Isu menampilkan wajah baru yang disulami tekad ini disemarakkan dengan 2 ideologi bernas:

1) Diriku ini hendaklah dipergunakan untuk menjadi sumber ilmu berkembang dan menjulang anak watan di puncak jagat.

2) Diriku ini hendaklah mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Selepas isu diriku dibangkitkan,timbul pula isu berkaitan pertuturan bahasa asing ini tidak layak didalam perkauman dan suasana persekitaran ketika itu.[Aku Rungsing].
Tiba-tiba suara yang mempraktikkan elemen tolak ansur dilontarkan dan berjaya memukau suasana keadaan ketika itu.Lalu diriku ini disokong dan berjaya membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah.Diriku sekali lagi diselamatkan dan ramai yang menabur bakti kepada diriku yang kurang beruntung untuk membuktikan sensitiviti,
keprihatinan dan kepekaan mereka terhadap diriku.

Banyak hasil pengisian jiwa dan mindaku,pendidikan dan pembangunan moralku terhadap agensi penguatkuasa dan masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan dan diantara hasil-hasilku ialah

1)Penggunaan bahasa asing dapat diserapkan kepada sebahagian masyarakat.

2)Aku berjaya menghasilkan golongan cerdik pandai dan intelek di dalam pelbagai bidang bagi memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dan negara dalam usaha meningkatkan lagi syiar Islam.

3)Ramai generasiku telah menagihkan komitmen tinggi dan pengertian serius kepada semua pihak dan ramai generasiku juga telah mendapat perhatian dan liputan media massa.

[ALHAMDULILAH]
Satu pusat pengajianku telah ditubuhkan dikawasan berhampiran dengan ramai masyarakat yang intelek dan cerdik.Pusat pengajianku ini hanya mampu membina sebuah tempat gulingan para generasiku bahkan ditempat ini jugalah dijadikan medan perang generasiku beramai-ramai untuk menentang ancaman-ancaman hedonistik.Pusat pengajianku ini menjadi tarikan masyarakat luar dan berjaya membentuk sebahagian masyarakat menjadi satu batu lonjatan kepada pandangan masyarakat yang lain.

Setelah bertahun-tahun agensi penguatkuasa mencari pusat atau tempat yang sesuai bagi diriku dan generasiku,akhirnya diriku ini berjaya menakluk satu kawasan yang sesuai untuk menghirup udara hasil kemerdekaan.

Pada Ogos 1992,aku berpindah ke tempat
tersebut.Aku memulakan hidup dengan cara yang baru dan diriku juga dilengkapi berbagai-bagai banggunan yang tersergam indah dimata masyarakat.Setelah mengamalkan perwatakan dan sikap yang murni,aku terus mengambil langkah sederap untuk menyebarkan empayarku disekitar kawasan masyarakat yang masih dibelenggu mata kebendaan yang melalaikan.
Kini aku dilengkapi serba indah dan penuh dengan kemanisan dan kenangan.Ramai generasiku telah menjadi isu di media massa dan agensi-agensi di Jabatan mahupun penguatkuasa.

Sekian Terima kasih kerana sudi membaca artikel Siapakah Diriku Sebenarnya?