Sunday, April 18, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, perancangan Allah SWT selalu terbaik utk hambanya.. Ust Aslizan Hasan (UPP PMRAM Cawangan Tanta) yg di jangka mengidap penyakit hernia (usus turun) baru-baru ini, kini telah menarik nafas lega apabila Doktor yg merawatnya di Hospital Johor, Malaysia hari ini (18 April 10) mengesahkan bahawasanya penyakit itu tdk terkena pd beliau. Menurut Doktor yg merawatnya lagi, hanya terdapat kuman di dalam perutnya dan perlu menjalani pemeriksaan dari masa kesemasa. wallahua'lam.

Saturday, April 17, 2010

SYAFAKALLAH.....YA AKHI

Admin telah mendapat 2 berita kepulangan 2 sahabat kita yang belajar di Universiti Al Azhar Mesir.

1- Mohd Aslizan B Hassan


Beliau akan menjalani rawatan lanjut akibat penyakit hernia (penyakit usus). Walaupun penyakit beliau agak serius,Ustaz Aslizan masih lagi ceria melayani karenah sahabat-sahabat beliau . Mudah-mudahan Allah Ta’ala mempermudahkan urusan beliau dan Ustaz Aslizan dapat kembali menyambung pengajian di Kuliah Al-Azhar,Tanta seperti sediakala. Beliau telah pulang ke Malaysia pada 16/4/2010.

2- Mohd Taufiq B Nordin

taufiq (berbaju hitam)

Saudara Taufiq  telah pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu. Admin diberitahu beliau pulang ke Malaysia kerana menghidap penyakit gastrict. 

Mudah- mudahan Allah memberikan kesihatan yang sediakala kepada 2 orang sahabat kita ini . amin.....kepada sahabat yang berada di Malaysia digalakkan untuk menziarahi mereka. Jazakallah.

Monday, February 1, 2010

SYAFAKALLAH....

Admin diberitahu bahawa salah seorang sahabat kita telah pulang ke Malaysia kerana sakit "ulser". Beliau ialah Rafiuddin Syahidullah . Ex Maahad Johor 2007 kelas Asqolani. Insya Allah beliau akan berada di Malaysia sehingga bulan Mac 2010. Beliau akan pulang ke Al Azhar untuk meneruskan pelajaranya apabila sihat semula.

Admin diberitahu bahawa beliau telah menghidapi penyakit ini selama sebulan. Dengan kepayahan itu juga beliau telah berjaya menyelesaikan peperiksaan Kuliyyah Syariah Tahun 2 sem 3. Kepada sahabat-sahabat yang ada di Malaysia jika ada kelapangan bolehlah menziarah beliau.

Disini Admin meletak email beliau. shahda_89@yahoo.com. Kita mendoakan supaya Saudara Rafiuddin segera sembuh dan dapat meneruskan pembelajaranya. Insya Allah
saudara Rafiuddin ditengah (di Airport Cairo sebelum pulang ke Malaysia)

Sunday, January 24, 2010

SEMBAH TAKZIAH


RAKYAT MENGUCAPKAN SEMBAH TAKZIAH KEPADA KELUARGA KERABAT DI RAJA JOHOR ATAS KEMANGKATAN PADUKA SULTAN ISKANDAR. AL FATIHAH.

Monday, January 11, 2010

LATIHAN ZIONIS MENAKLUK GAZA...(terkini)

Sabtu, 09/01/2010 -Pasukan Israel telah menyelesaikan latihan ketenteraan berskala besar di Negev, berita Channel 10 melaporkan, bagi mempersiapkan pasukan untuk serangan ketenteraan terhadap Jalur Gaza.
Latihan itu dilihat sebagai persiapan untuk menakluk kembali wilayah yang gagal ditakluk pada peperangan yang lepas.
Latihan terbaru difokuskan pada latihan semula kepada kesalahan yang terjadi selama perang terkini di Gaza pada bulan Disember dan Januari tahun lalu. Sembilan tentera Israel telah tewas dalam peperangan tersebut , yang melihat 1.400 orang awam Palestin syahid.
Menurut berita dari Channel 10, pihak tentera rejim Zionis telah diajar menggunakan peranti digital terbaru yang baru dipasang pada kereta perisai Merkava, iaitu kereta perisai terbesar Israel yang membolehkan askar di dalam unit menjejaki tentera di daerah-daerah berpenduduk padat.

 Khaibar2x Khaibar ya yahud
Jaishu MUHAMMAD saufa ya'uud


sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : gunx

Sunday, January 10, 2010

SULTAN SULAIMAN AL-QANUNI

Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan tokoh negarawan Islam yang terulung di zamannya. Dikagumi kawan dan lawan, Sultan Sulaiman berjaya menyebarkan Islam sehingga ke rantau Balkan di Eropah meliputi Hungary, Belgrade, Austria, benua Afrika dan Teluk Parsi. Dilahirkan di Trabzon. Seawal usia tujuh tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi dan taktik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul. Di barat, beliau dikenali dengan nama Sulaiman The Magnificent (Sulaiman yang Hebat)

Usia Muda

Sultan Sulaiman dilahirkan pada 6 November 1494 di bandar Tabzron, Turki.Seawal usia 7 tahun, beliau telah dididik dengan ilmu kesusasteraan, sains, sejarah, teologi & taktik ketenteraan di Istana Topkapi, Istanbul.Beliau juga sewaktu kecil berkawan rapat dengan seorang hamba,Pargal? ?brahim Pasha yang kemudiannya menjadi penasihat dan panglima tentera yang paling dipercayai waktu zaman pemerintannya.Pada usia 17 tahun,beliau menjadi gabenor Istanbul dan kemudian diangkat menjadi Sultan pada usia 25 tahun selepas kemangkatan ayahandanya,Sultan Selim I.


Kempen Ketenteraan

Selepas ditabalkan menjadi sultan kerajaan Turki Uthmaniyah,Sultan Sulaiman memulakan beberapa siri kempen ketenteraan, didahului dengan menghentikan kekacauan di Damascus pada 1521.Kemudian beliau melancarkan kempen ketenteraan menawan Bandar Belgrade,Serbia yang merupakan satu pencapaian yang hebat kerana datuk beliau,Sultan Muhammad al-Fatih gagal melakukannya.Kempen seterusnya dengan menawan kerajaan Serbia, Bulgaria Dan Byzantine.

Kebolehan

Beliau merupakan pentadbir yang mementingkan hak kesamarataan tanpa mengira pangkat dan darjat. Malah, di bawah pentadbiran Sultan Sulaiman Al-Qanuni, umat Islam dan orang Yahudi dapat hidup dengan aman dan damai. Kaedah pemilihan beliau yang ketat dalam perlantikan gabenor membantu beliau untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan berkesan. Tanpa memilih populariti atau status sosial seseorang, beliau sendiri akan merisik tentang keperibadian bakal gabenor yang dilantik untuk memastikan wakil atau gabenor kerajaan Bani Turki Uthmaniyyah benar-benar bersih dan cekap.

Jasa dan Sumbangannya

Dalam usaha beliau untuk menyatupadukan umat Islam, beliau telah menewaskan kerajaan Bani Mamluk dan seterusnya menjadi Khalifah berserta dengan jawatan Khadamul Haramain. Selepas berjaya menewaskan kerajaan Bani Mamluk, usahanya pula tertumpu untuk menjatuhkan kerajaan Parsi di bawah pemerintahan Shah Ismail dan kerajaan Bani Abbasiyyah di bawah pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil. Selepas tahun 1525 M, keseluruhan kawasan Asia Tengah di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Beliau digelar Al-Qanuni kerana jasanya dalam mengkaji dan menyusun semula sistem undang-undang kerajaan Bani Turki Uthmaniyah dan perlaksanaannya secara teratur dan tanpa kompromi berikutan keadaan masyarakat Islam Turki Uthmaniyah ketika itu mempunyai latar belakang dan sosio budaya yang berbeza. Pergaulan antara bangsa yang berbeza (walaupun agama yang sama) membuatkan pelbagai konflik kecil yang berlaku dan ini boleh menggugat keselamatan umat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau membuat penyusunan dan kajian tentang budaya masyarakat Islam Turki Uthmaniyah yang datang dari Eropah, Parsi, Afrika dan Asia Tengah untuk diselaraskan dengan kehendak undang-undang Syariah Islamiyah.

Sumber Wiki...

-dipetik dari blog akhi farizul-

Wednesday, January 6, 2010

SEGERA....

Assalamualikum w.b.t

Apa yang perlu anda lakukan:

1-Sila undi pilihan anda diruangan undi bagi Admin menilai sejauh mana keberkesanan perkongsian ilmu di alam maya.

2-Bagi mereka yang mempunyai blog, sila "add" pada ruangan "followers"

3-Sila nyatakan beberapa cadangan , komen , kritikan (jika ada) bagi pihak Admin membaiki kekurangan yang berlaku.

Disini pihak Admin menerbitkan semula beberapa cadangan dari sahabat kita:

ibnu_jaafar "hantar entri entri baru ke email blog ini..semua wakil dari setiap u kena hantar..."

Details
2010-01-06 11:19 AM

kembo "erm.. blog yg harus di menarik kn ag.. hihihi"

Details
2010-01-06 3:31 AM

pemerhati "cadangan sye spya kita inform member kita pasal blog ni pada ex mj di friendster, facebook.myspyce dn benda2 yg sewaktu dgnya..."

Details
2010-01-06 3:15 AM

alif "perlu terangkan visi dan misi blog ini...sedangkan mukadimah blog ini pun mgkn ramai terkial2 sapa "aku"...ini sbbkn org mls nk join dan undi"

Details
2010-01-05 10:45 PM

alif "add semua blog rakan 2 kita..."

Details
2009-12-31 11:27 AM

Jazkallah kerana sudi memberi komen dan cadangan. Sebarang cadangan dan sebagainya anda boleh salurkan pada x_mj07@yahoo.com. Blog ini akan dinaiktaraf dalam masa terdekat. Insya Allah.

Terima Kasih

ADMIN b07